Social Icons

Friday, June 29, 2012

Kursus Penyelia Fuel & ISIS Stesen Minyak Petronas (Batch 63)

Petronas Dagangan Berhad buat julung kalinya telah mengadakan kursus Penyelia Fuel Dan ISIS di Tanahmas Hotel Sibu, Sarawak. Seramai 15 buah Stesen Servis Petronas di Trading Area-69 Sibu, Sarawak telah menghantar sekurang-kurangnya 2 orang wakil Penyelia di stesen minyak masing-masing untuk memantapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam operasi harian di stesen minyak. Kursus selama 4 hari bermula 26-29 Jun 2012 yang lepas, telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan kerana telah berjaya menarik seramai 30 orang Penyelia untuk mengikuti kursus tersebut. Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat tenaga pengajar berpengalaman dari Pusat Latihan Petronas Shah Alam, Encik Nor Azam Bin Abdul Karim dan Encik Irwan Zuki Bin Zulbahar kerana sudi bertandang ke Sibu menyampaikan ceramah dan taklimat kepada para peserta. Antara lain kursus tersebut bertujuan memberi input kepada para penyelia di stesen minyak Petronas supaya dapat memberikan layanan terbaik kepada para pelanggan. Latihan praktikal telah diadakan di PSS Lanang Barat bagi mendekatkan para peserta dengan suasana sebenar di stesen minyak dalam operasi seharian. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dan dimantapkan lagi di masa akan datang. Terima kasih buat semua yang terlibat sepanjang kursus tersebut yang telah berjalan dengan lancar.

1 comments:

  1. salam..tumpang tanya..ada xdorang citer bab cmne nk control till report ISIS??contohnya,nak tambah or delete 'department' section yg ada dlam kertas till report..

    ReplyDelete