Social Icons

Thursday, October 25, 2012

Ujian Penilaian Prestasi Krew Petronas Tahap 1 & 2

Buat julung kalinya, Ujian Penilaian Prestasi Krew Petronas telah diadakan pada 25 Oktober 2012 bertempat di bilik mesyuarat Syarikat Unipetro. Ujian penilaian tersebut terbahagi kepada 2 bahagian yang berasingan. Pertama, ujian Tahap 1, iaitu untuk KP Forecourt Crew dan KP Cashier. Kedua, ujian Tahap 2, iaitu untuk KP Supervisor. Soalan adalah berbentuk subjektif yang berkisar tentang tugas-tugas seharian, peranan serta tanggungjawab para Krew Petronas di stesen minyak. Objektif ujian penilaian ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan para Krew Petronas terhadap tugas sebenar masing-masing sepanjang waktu bertugas di stesen minyak. Susulan kepada ujian penilaian tersebut, bakal diadakan latihan intensif untuk memantapkan pengetahuan dan skill para KP di dalam bidang tugas masing-masing. Adalah diharapkan dengan adanya ujian penilaian sebegini akan menambah baik pengetahuan para Krew Petronas untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan yang datang. Selamat maju jaya untuk semua.

 Peserta Ujian Penilaian Krew Petronas untuk Tahap 2 (Suhaila, Rossy & Aslina)

 Peserta Ujian Penilaian Krew Petronas untuk Tahap 1
(Aaron, Rafiq, Firdaus, Diana, Dolly dan Christy)

Suasana briefing sebelum ujian bermula.

More updated info and activities, please log in to:

0 comments:

Post a Comment