Social Icons

Jawatan Kosong

Di Syarikat Unipetro, kami berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan warga kerja. Sebagai Krew Petronas di syarikat ini, anda akan disediakan dengan pelbagai faedah untuk memastikan kepuasan bekerja yang maksimum yang secara langsung membantu memberi layanan terbaik kepada pelanggan. Sila isikan borang permohonan di bawah.

Kerjaya
Pump Attendant
Gaji Pokok: RM920.00
Tugas:
- Menyambut pelanggan dengan mesra
- Menolong mengisi minyak kenderaan pelanggan
https://form.jotform.me/Unipetro/borang-permohonan-kerja



Cashier
Gaji Pokok: RM920.00
Tugas:
- Mengurus transaksi pembayaran di kaunter
- Membantu pelanggan yang mempunyai soalan
 


Faedah
Latihan
Kursus-kursus serta latihan di dalam dan di luar masa kerja disediakan untuk meningkatkan kemahiran produk/servis serta kemahiran komunikasi anda.

Hostel, EPF, SOCSO
Selain EPF dan SOCSO, kemudahan hostel berasingan untuk perempuan disediakan kepada Krew wanita yang ingin tempat kediaman yang berdekatan tempat kerja. Peluang untuk OT (overtime) dan mendapat komisen hasil jualan barangan lubricant stesen juga diberikan.

 
Ramah Mesra 
Pelbagai aktiviti untuk warga Unipetro diadakan untuk mengeratkan silaturahim semasa dan di luar waktu kerja.



Soalan Lazim
1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai Krew Unipetro?
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan minima:
  • Adalah warganegara Malaysia
  • Bersedia bekerja mengikut  syif-syif yang diberikan
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  •  Mempunyai  kenderaan atau pengangkutan ke tempat kerja
  • Berkelulusan sekuran-kurangnya UPSR
2. Bolehkah saya memilih masa kerja?
Terdapat 3 syif yang akan diagihkan oleh pihak pengurusan iaitu Syif A (6am – 2pm), B (2pm – 10pm) dan C (10pm – 6am). Anda hanya boleh memilih masa yang ditetapkan dalam mana-mana syif tersebut atas pertimbangan pihak pengurusan.

3. Berapakah gaji yang akan saya terima?
Gaji pokok ialah RM800.00 dan tertakluk kepada penambahan atau penolakkan gaji pada akhir tempoh satu bulan. Penambahan untuk bulan tersebut diberikan melalui OT, komisen jualan lubricant atau prestasi kerja bulan tersebut. Penolakkan gaji dibuat melalui kelewatan, ponteng, masalah disiplin dan kecuaian semasa bekerja.

4. Bagaimanakah saya tahu samada saya berjaya atau tidak dengan permohonan saya?
Pemohon yang berjaya memasuki senarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di Syarikat Unipetro, Sibu.

0 comments:

Post a Comment