
Friction Modifier berfungsi untuk melindungi komponen enjin dan juga Combustion Improver, bahan tambah yang berfungsi untuk meningkatkan lagi prestasi enjin secara keseluruhan dan juga telah dicampurkan dengan bahan tambah yang bertindak untuk mencegah terbentuknya mendapan yang boleh menjejaskan prestasi enjin.
Prestasi Petronas Primax 97 turut diuji dan terbukti di beberapa kemudahan ujian di akreditasi dan bebas. Kuasa dan prestasi kenderaan telah diuji di kemudahan ujian kenderaan Proton, Shah Alam dan menghasilkan tiga peratus lebih kuasa. Petronas Primax 97 merupakan produk keluaran terkini selain pelbagai produk petroleum yang sedia ada, yang memenuhi dan melebihi spesifikasi Euro 2M dari Petronas.
Untuk penduduk di kawasan bandar Sibu, anda HANYA BOLEH mendapatkan minyak Primax 97 di stesen Petronas Jalan Tun Abang Haji Openg (sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Tung Hua & berhampiran Dewan Suarah) untuk kuasa maksimum kereta kesayangan anda. Teruskan kesetiaan anda dengan Petronas.
0 comments:
Post a Comment