Social Icons

Friday, August 10, 2012

Program Komuniti Ramadhan 1433H/2012M

Seperti lazimnya pada kebiasaan bulan Ramadhan, Stesen Minyak Petronas Syarikat Unipetro akan mengadakan program komuniti bersama Ibu-Ibu Tunggal. Sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, telur dan tepung gandum di beri kepada 40 orang ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik.

Selain itu, sumbangan berupa cek kepada Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Sibu, Masjid An-Nur dan beberapa buah surau di Sibu turut diberikan.
Pengurus Kawasan Petronas Dagangan Berhad Sibu, Encik Mohd Syahril hadir sama pada majlis ringkas penyampaian sumbangan berkenaan. Semoga niat murni sebegini akan berterusan di masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment