Social Icons

Friday, October 12, 2012

Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Sarawak 2012

Kejohanan Liga sukan Untuk Semua (LSUS) Peringkat Negeri 2012 telah terlaksana dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KOMBES) pada 29 September 2012 yang lepas. Kejohanan ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama dari Persatuan Sepak Takraw, Persatuan Bola Jaring dan juga Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAS. Diantara objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada bakat baru dari peringkat akar umbi untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi serta membudayakan sukan di peringkat negeri dan memupuk semangat 1 Malaysia menerusi acara-acara sukan yang dipertandingkan dan disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti sukan. Diantara acara yang dipertandingkan adalah Sepak Takraw, Futsal dan Bola Jaring.
Sehubungan itu, Syarikat Unipetro telah menghantar wakil dalam pertandingan Sepak Takraw yang terdiri daripada Abdul Rahim Bin Fauzi, Mohd Idrus Bin Hj Kassim (Kapten), Abu Baka Bin Mat, Pete Anak Bindan dan Hafizan Bin Sulaiman. Lebih membanggakan, mereka telah berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN di dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan.
Sesi perasmian dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Junaidi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri N.4 Pantai Damai turut dihadiri oleh Tuan Haji Razali bin Mohamad, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

0 comments:

Post a Comment